"Hidup ibarat roda yang berpusing... Sekejap kita berada di bawah, kadang-kadang diam di atas walaupun tanpa dipinta."

About Me

My photo
Mencari keredhaan Tuhan yang Maha Esa.

Thursday, 18 August 2011

I'M SORRY...

Maafkan saya sebab membuat awak rasa kurang senang.


Saya memang bukan insan yang sempurna untuk memenuhi semua yang awak mahukan.
Saya tahu awak pun tidak pernah menyuarakannnya.



Memang saya ni suka melihat awak bahagia,gembira dan ceria.
Sebab tu saya sedia buat apa-apa sahaja demi awak.
Jadi saya memang faham jika awak mempertikaikan tindakan saya.
Awak adalah kunci kebahagiaan saya.
Jika awak bahagia,maka saya pun turut sama bahagia.




Saya memang selalu rindukan awak.
Sebab saya sayang awak dengan sepenuh hati saya.
Tidak keterlaluan jika saya cakap saya tidak boleh hidup tanpa awak.
Jika saya ada terasa hati dan berpaling muka,tapi hati saya tidak pernah berpaling daripada menyintai awak.
Kenapa saya terasa begitu?
Sebab awak teman istimewa saya.
Saya sayangkan awak sampai saya rasa awak patut sentiasa ada untuk saya.
Sentiasa di sisi saya walaupun berjauhan.
Masa yang awak ada adalah masa yang patut dimanfaatkan bersama saya.
Tetapi saya tahu yang awak ada keluarga dan tanggungjawab awak pada keluarga masih ada.
Keluarga awak pun sangat memerlukan awak membantu mereka melangsaikan tanggungjawab.
Saya faham semua itu.
Tetapi saya tidak sengaja atau sengaja tidak memahami semua itu.
Maafkan saya,awak...
Awak boleh marah saya.
Saya terima dengan rela hati.
Tetapi saya merayu pada awak,

JANGAN BENCI SAYA .

kerana

I LOVE YOU...
I MISS YOU... 



Tuesday, 16 August 2011

Happiness...

PERSOALAN:




Kenapa selalu tidak sehaluan?
Selalu sahaja ingin rasa bahagia.
Kedengaran agak mustahil.
Tetapi ada orang kata''Impossible is nothing''

Kadang-kadang rasa itulah hukum dunia.
Manusia tidak pernah puas dengan segala yang sudah dikecapi.
Kebahagiaan yang sedia ada selalu sahaja lalai untuk dijaga.
Jika dipeluk erat kebahagiaan itu.pasti tercapai segala impian.

Siapakah yang dimaksudkan dalam cerita ini?
Jawapannya ada pada sesiapa sahaja yang terlibat dengan cerita ini.
Mereka sendiri akan merasa kehadiran mereka dan perasan akannya.
Tidak perlu diberitahu,kerana sudah dikurniakan akal,perasaan da naluri  yang sempurna.

JAWAPAN???




Saturday, 4 June 2011

Dah nasib badan....

Kecewa.....!!!
itu perasaan yang aku rasa bila dpt result utk sem ni....
semua yg aku target x mengenai sasaran..
rasa macam dh ok.
bila keluar keputusan,lain pula jadinya...
terlalu yakin ke?

kuiz,mid term ,assignment rasanya dah buat yang terbaik...
tak tahu le mana salahnya.
mungkin aku salah sbb terlalu ambil mudah agak nya.

tapi aku tetap bersyukur kerana x de lah teruk sangat pn...
cuma x puas hati je..

aku pegang satu nasihat ni...
"jangan terlalu kecewa,kerana ALLAH SWT ada perancangan lain untuk kamu..."


 SABAR...

Wednesday, 1 June 2011

music task???

"anyway, i'll give you task lepas ur final exam. the task will contain the eras of western traditional music ensembles, famous composers and indicating famous pieces by those composers, hehehehe......."

betul ke nk bg ni...?
hehehe....:-P

Rasa hati...

Hehehe...
Tiba-tiba rasa hati  ni lain macam...
perasaan je kut...
tp tak tau le....
kenapa agak nya ....
bertenang....relax...
Benda boleh setel...

kadang kala terfikir perkara yg bukan-bukan...
eh....mengarut le....
dah jauh perjalanan ni....
mana boleh berhenti sekerat jalan je...
Sudah!
tolonglah..... jangan terus menerus buat aku begini...

Ya Allah,bantulah hambamu ini membuat keputusan...
keputusan yg tepat...
tepat dengan keredhaanMu.
Tabahkan hati hambamu ini..
tetapkan sifat sabar dan berbaik sangka...
dan jangan sekali kali Engkau palingkan hatiku ini daripada landasan yg benar ...
 kerana aku tahu akan sangat kecilnya aku disisiMu..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Adil...
  Amin...

Perjuanganku Masih Belum Selesai.... 



Sedapnnya coklat ni....hehehe...
Kalau ada depan mata sekarang ni pasti sayang nak makan...
Priceless... 

Friday, 27 May 2011

Manchester United VS FC Barcelona Final UEFA Champions League....

Pasukan yang manakah yang akan mengungguli perlawanan ini?
Pilihan aku? Mestilah Manchester United...!!!!
Glory- Glory Manchester United....!
FOREVER......




 Cuba teliti dan kira bilangan bola yang ada pada lencana setiap pasukan....
MU ada dua....
Barcelona ada satu...
Apa maknanya tu...???
Ha.....Itu bermaksud Manchester United menang....!!!
Barcelona kalah.....!!!
FINAL SCORE : Manchester United 2-1 Barcelona.
Hehehehehe......Harap-harap menjadi kenyataan....



Kalau mengikut statistik,memang tidak dinafikan bahawa FC Barcelona berpeluang cerah menjadi juara....
Tapi aku tak kisah semua tu sebab kali ni FC Barcelona akan bertandang ke England.
WEMBLEY STADIUM....
Gelanggang keramat Manchester United...
Kita tunggu kehadiran FC Barcelona ...

Tanpa...



                   Tanpa cintaMU aku resah,




               Tanpa kasihMU hampa,



              Tanpa diriMU aku mati.


Thursday, 26 May 2011

Aku Bahagia BersamaMu....

Hm........dalam kehidupan kita seharian mmg x boleh nk jangka.
Sebab apa aku berkata sedemikian? Sebab itu yg aku rasa....
Dalam hidup ni juga kalau boleh nak semua yg indah belaka.
Tapi agak mustahil kerana kita mmg ditakdirkan utk menghadapi dugaan dan masalah.
Memang tak boleh lari...akan tetapi,kita sendiri yg mesti belajar cara menghadapi
semua masalah dan dugaan tu.InsyaAllah...semua perkara boleh selesai...

Kadang2 aku bercakap sendirian bahawa hati perempuan ni mmg susah nk faham.
Ada masa elok,ada masa tiba-tiba pokok bergoyang tanpa angin.
Tapi kalau difikirkan semula,mungkin aku yg bersalah.
Sebab tanpa aku sedari segala tindakan aku tanpa disangka boleh menyebabkan hati
seseorang itu boleh terluka,mengundang rasa marah dan akhirnya rajuk hati..
Semua perkara mesti dibawa berbincang.kalau disimpan sahaja dalam hati,memang bermasalah.
Sebab kita manusia biasa mmg tidak mempunyai kuasa utk membaca isi hati orang lain.
Dan itulah pentingnya komunikasi dalam setiap perhubungan.Itu mmg aku sentiasa harapkan....
Apabila berlaku perkara sebegini,perasaan mmg bercampur-baur....
Perasaan sedih terutamanya...sedih sebab apa?
Sebab telah melukakan hati org yg kita sayang....Orang yg kita cintai...
Aku sebenarnya mmg tak berniat langsung utk berbuat semua tu.
Terlintas dalam kepala sekalipun agak jauh sekali...

Maaf........satu perkataan yg sangat ringkas.Akan tetapi sangat berat utk diucapkan...
berat utk diucapkan terhadap org yg kita berbuat salah.kalau dengan org yg kita tidak kenal mmg mudah..
Aku sedar mmg aku dah melakukan kekhilafan.Memang sangat perlu aku memohon kemaafan daripadanya...
Harapan aku,apabila aku meminta maaf dan Si Dia sudi memaafkan aku, harapnya maaf yg diberi sekurang kurangnya mampu membuat aku berasa lega....
Bagi aku kalau aku memohon maaf daripada seseorang,memang aku maksudkanya....
bukan sekadar sambil lewa dan terlalu murah ucapan maaf itu.
Maksudnya aku mmg betul-betul kesal dengan apa yg aku dh lakukan dan InsyaAllah tidak akan mengulanginya lagi...

Akhir kata, dengan apa yg berlaku ini sebenarnya suatu pengalaman baru utk aku dan seharusnya aku menjadikannya satu pengajaran yg berguna utk menghadapi kehidupan masa akan datang.
Apa yang baik kita ambil,dan yg buruk itu buangkan ia jauh-jauh....Ok?

Sayang......Shah sangat sayangkan Sayang....harapnya tidak berlaku lagi perkara sebegini lagi...Ok?
I LOVE YOU.....SO MUCH...(^__^)

Tuesday, 3 May 2011