Hm........dalam kehidupan kita seharian mmg x boleh nk jangka.
Sebab apa aku berkata sedemikian? Sebab itu yg aku rasa....
Dalam hidup ni juga kalau boleh nak semua yg indah belaka.
Tapi agak mustahil kerana kita mmg ditakdirkan utk menghadapi dugaan dan masalah.
Memang tak boleh lari...akan tetapi,kita sendiri yg mesti belajar cara menghadapi
semua masalah dan dugaan tu.InsyaAllah...semua perkara boleh selesai...
Kadang2 aku bercakap sendirian bahawa hati perempuan ni mmg susah nk faham.
Ada masa elok,ada masa tiba-tiba pokok bergoyang tanpa angin.
Tapi kalau difikirkan semula,mungkin aku yg bersalah.
Sebab tanpa aku sedari segala tindakan aku tanpa disangka boleh menyebabkan hati
seseorang itu boleh terluka,mengundang rasa marah dan akhirnya rajuk hati..
Semua perkara mesti dibawa berbincang.kalau disimpan sahaja dalam hati,memang bermasalah.
Sebab kita manusia biasa mmg tidak mempunyai kuasa utk membaca isi hati orang lain.
Dan itulah pentingnya komunikasi dalam setiap perhubungan.Itu mmg aku sentiasa harapkan....
Apabila berlaku perkara sebegini,perasaan mmg bercampur-baur....
Perasaan sedih terutamanya...sedih sebab apa?
Sebab telah melukakan hati org yg kita sayang....Orang yg kita cintai...
Aku sebenarnya mmg tak berniat langsung utk berbuat semua tu.
Terlintas dalam kepala sekalipun agak jauh sekali...
Maaf........satu perkataan yg sangat ringkas.Akan tetapi sangat berat utk diucapkan...
berat utk diucapkan terhadap org yg kita berbuat salah.kalau dengan org yg kita tidak kenal mmg mudah..
Aku sedar mmg aku dah melakukan kekhilafan.Memang sangat perlu aku memohon kemaafan daripadanya...
Harapan aku,apabila aku meminta maaf dan Si Dia sudi memaafkan aku, harapnya maaf yg diberi sekurang kurangnya mampu membuat aku berasa lega....
Bagi aku kalau aku memohon maaf daripada seseorang,memang aku maksudkanya....
bukan sekadar sambil lewa dan terlalu murah ucapan maaf itu.
Maksudnya aku mmg betul-betul kesal dengan apa yg aku dh lakukan dan InsyaAllah tidak akan mengulanginya lagi...
Akhir kata, dengan apa yg berlaku ini sebenarnya suatu pengalaman baru utk aku dan seharusnya aku menjadikannya satu pengajaran yg berguna utk menghadapi kehidupan masa akan datang.
Apa yang baik kita ambil,dan yg buruk itu buangkan ia jauh-jauh....Ok?
Sayang......Shah sangat sayangkan Sayang....harapnya tidak berlaku lagi perkara sebegini lagi...Ok?
I LOVE YOU.....SO MUCH...(^__^)