Maafkan saya sebab membuat awak rasa kurang senang.
Saya memang bukan insan yang sempurna untuk memenuhi semua yang awak mahukan.
Saya tahu awak pun tidak pernah menyuarakannnya.
Memang saya ni suka melihat awak bahagia,gembira dan ceria.
Sebab tu saya sedia buat apa-apa sahaja demi awak.
Jadi saya memang faham jika awak mempertikaikan tindakan saya.
Awak adalah kunci kebahagiaan saya.
Jika awak bahagia,maka saya pun turut sama bahagia.
Saya memang selalu rindukan awak.
Sebab saya sayang awak dengan sepenuh hati saya.
Tidak keterlaluan jika saya cakap saya tidak boleh hidup tanpa awak.
Jika saya ada terasa hati dan berpaling muka,tapi hati saya tidak pernah berpaling daripada menyintai awak.
Kenapa saya terasa begitu?
Sebab awak teman istimewa saya.
Saya sayangkan awak sampai saya rasa awak patut sentiasa ada untuk saya.
Sentiasa di sisi saya walaupun berjauhan.
Masa yang awak ada adalah masa yang patut dimanfaatkan bersama saya.
Tetapi saya tahu yang awak ada keluarga dan tanggungjawab awak pada keluarga masih ada.
Keluarga awak pun sangat memerlukan awak membantu mereka melangsaikan tanggungjawab.
Saya faham semua itu.
Tetapi saya tidak sengaja atau sengaja tidak memahami semua itu.
Maafkan saya,awak...
Awak boleh marah saya.
Saya terima dengan rela hati.
Tetapi saya merayu pada awak,
JANGAN BENCI SAYA .
kerana
I LOVE YOU...
I MISS YOU...
Maafkan saya,awak...
Awak boleh marah saya.
Saya terima dengan rela hati.
Tetapi saya merayu pada awak,
JANGAN BENCI SAYA .
kerana
I LOVE YOU...
I MISS YOU...